Arab Saudi Tubuh Jawatan Kuasa Khas Pantau Hadis Palsu

Arab Saudi menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau tafsiran hadis bagi menghalang ia digunakan untuk membenarkan aktiviti keganasan, kata Kementerian Kebudayaan dan Penerangan.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud memerintahkan penubuhan jawatankuasa khas itu untuk meneliti penggunaan hadis oleh para pendakwah dan ahli agama dalam menyokong ajaran Islam dari semua aspek kehidupan.

Kementerian berkata pada Selasa, matlamat utama badan itu adalah “menghapuskan hadis palsu atau apa-apa naskah yang bertentangan dengan ajaran Islam dan membenarkan jenayah, pembunuhan dan aktiviti keganasan”.

Badan itu akan berpusat di Madinah dan diawasi Dewan Ulama Islam dari seluruh dunia. Kementerian bagaimanapun tidak memberi butiran terperinci mengenai bagaimana badan itu berfungsi.

Kumpulan pengganas seperti IS dan al-Qaeda didakwa menggunakan tafsiran mereka sendiri mengenai hadis untuk menghalalkan keganasan dan mempengaruhi penyokong melakukan serangan.

Pendekatan Arab Saudi terhadap perintah agama itu adalah penting kerana ia simbolik kepada tempat kelahiran Islam, manakala eksport minyaknya membiayai masjid di luar negara.

Ulama Wahabi tersangat konservatif semakin hampir dengan pemerintahan Raja Salman sejak pertengahan abad ke-18 yang menawarkan legitimasi Islamnya sebagai balasan untuk mengawal masjid dan universiti.

Doktrin Wahabi tradisional memihak kepada undang-undang Islam yang ketat dan kembali kepada amalan awal Islam dan menganggap penganut Syiah sebagai sesat.

Tetapi ulama kanan mengutuk doktrin militan Islam seperti al-Qaeda atau IS apabila kerajaan menyemak para ulama di 70,000 masjid di Arab Saudi dan ramai dipecat kerana menggalakkan keganasan dan hasutan.

Menteri Luar Adel al Jubeir berkata bulan lalu ribuan ulama pelampau dipecat tetapi beliau tidak memberi tempoh masa.

Kerajaan mula mempromosikan naratif alternatif terhadap identiti Saudi yang memelihara Wahabisme sebagai tumpuan utama, tetapi masih membenarkan tema sekular seperti nasionalisme dan warisan budaya yang mendahului Islam untuk bersinar.

Kementerian itu berkata badan tersebut akan berperanan mewujudkan “rujukan saintifik yang kukuh untuk menyemak dan mengesahkan kesahihan hadis” yang menjadi rujukan ke-2 terpenting selepas Al-Quran dalam Islam. Ia tidak mengatakan bentuk rujukan yang akan diambil.

Keputusan yang dikeluarkan oleh raja yang berperanan sebagai Penjaga 2 Masjid Suci – lokasi umat Islam yang paling dihormati di Mekah dan Madinah – berkata badan itu akan dipimpin oleh Sheikh Mohammed Hassan al-Sheikh, seorang anggota Majlis Ulama Kanan yang berfungsi sebagai badan agama tertinggi Arab Saudi. – Reuters