Israel Bakal Jalin Hubungan Baik Semua Negara Timur Tengah Kecuali Iran

Israel yang kini sedang merayakan pengumuman Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya berkata ia sedang mengorak langkah untuk berbaik dengan semua negara di Timur Tengah, kecuali Iran.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata ini kerana Iran yang menjadi musuh paling ketat regim itu cuba melebarkan kuasanya di rantau itu.

Bercakap di sebuah persidangan diplomat di sini, Netanyahu berkata Israel mempunyai hubungan dengan “setiap satu” negara di rantau itu walaupun mereka tidak mengiktirafnya.

Menurut Netanyahu, negara-negara tersebut memerlukan kepakaran keselamatan dan ekonomi Israel untuk terus berkembang.

“Anda lihat negara ditandakan merah itu? Itu bukan sekutu kami,” katanya sambil menunjukkan ke arah peta Timur Tengah.

Beliau menganggap Iran sebuah “regim agresif” yang mahu membangunkan senjata nuklear dan jambatan darat menghubungkan sekutunya di Laut Mediterranean. – Reuters