Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Ringgit Malaysia Masih Paras Terendah Sejak 1998

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini, namun ia didagangkan pada paras terendah sejak krisis kewangan tahun 1998.

Pada jam 9.00 pagi ini, Ringgit disebut kepada 4.4760/4790 berbanding dolar Amerika daripada 4.4765/4795 semalam.

Peniaga berkata, situasi itu disebabkan oleh aliran keluar dana asing dengan pelabur terus melupuskan aset di pasaran baharu muncul.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0916/0943 daripada 3.0892/0927 pada Isnin, susut berbanding yen kepada 3.8178/8207 daripada 3.8091/8127.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.5484/5526 daripada 5.5773/5819, selain turut meningkat berbanding euro kepada 4.6564/6613 daripada 4.6762/6811. – BERNAMA