Harga Gula Naik RM0.11 Sekilogram

Harga gula dijangka akan meningkat sehingga RM0.11 sekilogram dalam masa terdekat, walaupun masih tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng berkata keputusan kenaikan harga gula itu telah dimaklumkan kepadanya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui aplikasi mesej, Whatsapp.

“Saya menerimanya kira-kira jam 3.00 petang tadi melalui WhatsApp. Belum ada surat rasmi dari kementerian kepada persatuan lagi,” kata Hong ketika dihubungi media.

Kata Hong lagi, kenaikan harga gula itu dipercayai berpunca dari pasaran harga gula global yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Dengan kenaikan tersebut, gula dijangka dijual pada harga RM2.95 sekilogram.