Harga Runcit Bahan Bakar Mingguan Turun

Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel menurun mulai tengah malam ini.

Bagi tempoh 1 Jun hingga 7 Jun ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun dua sen. RON95 turun daripada RM2.12 ke RM2.10 seliter, manakala RON97 daripada RM2.40 ke RM2.38 seliter.

Harga runcit diesel pula turun satu sen daripada RM2.02 kepada RM2.01.

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.