Harga Runcit Bahan Bakar Mingguan Terus Menurun

Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel terus menurun lagi mulai tengah malam ini.

Bagi tempoh 15 Jun hingga 21 Jun ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tujun sen. RON95 turun daripada RM2.05 ke RM1.98 seliter, manakala RON97 daripada RM2.31 ke RM2.24 seliter.

Harga runcit diesel pula turun enam sen daripada RM1.94 kepada RM1.88.

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.