Perbalahan AS-Korea Utara Reda, Bantu Stabil Saham AS

Pasaran saham Amerika Syarikat dibuka hampir tidak berubah hari ini selepas pemimpin Korea Utara menangguhkan keputusan melancarkan peluru berpandu ke arah Guam.

Ia sekali gus meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara.

Rancangan Pyongyang untuk membedil peluru berpandu berhampiran wilayah Pasifik AS meningkatkan ketegangan di rantau itu minggu lalu, dengan Presiden Donald Trump berkata tentera AS “bersedia” jika Korea Utara tidak bertindak bijak.

“Saya merasakan ini adalah susulan daripada kenyataan Korea Utara, maka semua perkara kembali menjadi normal,” kata pengurus portfolio Alpine Funds di New York, Mark Spellman.

Pada 1342 GMT, Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 29.01 mata, atau 0.13 peratus pada 22,022.72,S&P 500 menokok 1.17 mata atau 0.05 peratus pada 2,467.01.

Indeks Komposit Nasdaq menambah 1.12 mata, atau 0.02 peratus pada 6,341.35.

Enam daripada 11 sektor utama S&P dibuka lebih rendah, dengan sektor sektor telekomunikasi menerajui kaunter rugi. – Reuters