Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

MAS Tandatangi MoU Beli 16 Pesawat Boeing 787 dan 737 MAX

Boeing menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjual 16 pesawat kepada Malaysia Airlines, 8 pesawat badan lebar 787 Dreamliners dan 8 pesawat kecil 737 MAX, kata syarikat itu hari ini.

Lapan pesawat 787-9 ditukar daripada pesanan terdahulu ke atas pesawat 737 MAX manakala Malaysia Airlines menambah 8 lagi hak pembelian ke atas 737 MAX pesawat, kata Boeing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan untuk membeli pesawat tambahan bagi syarikat penerbangan negara semasa lawatannya ke White House pada Selasa, memberitahu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliner.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mungkin akan menambah lagi 25 pesawat 737 dalam masa terdekat, satu perjanjian yang beliau katakan akan bernilai lebih AS$ 10 bilion dalam tempoh 5 tahun.

Boeing enggan mengulas berhubung kenyataan Najib. Malaysia Airlines menandatangani perjanjian untuk membeli sehingga 50 pesawat 737 MAX termasuk 25 pesanan kukuh dan 25 hak pembelian pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew dalam satu kenyataan berkata 787-9 akan membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan AS. Kini, syarikat penerbangan itu mempunyai semua pesawat badan lebar, Airbus SE.

Dua sumber industri memberitahu pada Selasa, Malaysia Airlines mempertimbangkan untuk membeli Airbus A330neos sebelum menyelesaikan pesanan pewasat 787 itu. Sumber itu tidak mahu dinamakan kerana perbincangan itu bersifat peribadi. – Reuters