Menarik
Tarikh Hari Ini
18 October 2017

Serina, Gavin Sah Bercerai Talak Satu

Pengacara dan pelakon, Serina Redzuawan, disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, hari ini.

Lafaz cerai dibuat suaminya, Salahuddin Ghaffar @ Gavin Edward O’ Luanaigh di hadapan Hakim Syarie Nurul Hidayah Jani pada jam 10.49 pagi.

Salahuddin, 40, yang juga ahli korporat bersetuju menceraikan Serina dan turut menarik balik permohonan nusyuz yang difailkan sebelum ini.

Serina, 34, memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.