Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Pesawat TUDM Terhempas, Seorang Juruterbang Maut

Seorang juruterbang Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) maut selepas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T dinaikinya terhempas di Pengkalan TUDM Butterworth, jam 5.18 petang tadi.

Tiga penumpang lain pesawat itu pula dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan TUDM, kejadian tersebut berlaku berhampiran Terminal Peluru Pengakalan tersebut dan punca nahas masih dalam siasatan.