PKR Anggap BR1M Hak Rakyat, Bukan Rasuah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah pendapat peribadinya dan bukan mewakili parti dalam Pakatan Harapan (PH).

[one_half][quote]Apa sahaja yang diberikan kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat, itu bukan rasuah. Ia adalah hak mereka untuk mendapatkannya – Wan Azizah[/quote][/one_half]

Menurut Wan Azizah, kenyataan Mahathir itu disifatkan tidak tepat memandangkan BR1M bukanlah rasuah seperti didakwa bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya merupakan hak rakyat yang diberikan oleh kerajaan.

“Apa sahaja yang diberikan kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat, itu bukan rasuah. Ia adalah hak mereka untuk mendapatkannya,” katanya di ibu pejabat PKR.

Mahathir sebelum ini mendakwa bahawa BR1M yang diberikan kepada rakyat di negara ini adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang bertujuan meraih sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Wan Azizah ketika ditanya mengenai kemungkinan kenyataan Mahathir itu memberi kesan ke atas PH berkata pendapat tersebut sekadar pendapat peribadi pemimpin tersebut dan tidak memberi kesan langsung kepada kempen PH dalam pilihan raya nanti.