Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Tun M Kecam Najib Hadir Himpunan Solidariti Rohingya

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah Rohingya yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Kata Mahathir, Perdana Menteri sepatutnya bertindak tegas terhadap negara Myanmar dan bukannya sekadar hadir di acara demostrasi.

Menurut Mahathir, apabila Perdana Menteri menyertai demostrasi, tidak diketahui kepada siapa protes itu perlu dihalakan.

Menurut mantan Perdana Menteri itu lagi, kepimpinan kerajaan tidak sewajarnya terlibat dalam demonstrasi yang dianjurkan pihak bukan kerajaan.

“Sebagai kerajaan, (sepatutnya) kita tidak berdemostrasi,” tambah beliau.

Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan tindakan Najib mengadakan perhimpunan untuk mengecam kezaliman ke atas penduduk Rohingya dipercayai sekadar “suatu wayang” oleh pihak kerajaan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmmar sebagai simbol ketidakpuasan hati terhadap layanan negera itu kepada masyarakat Rohingya berbanding mengadakan demostrasi.