Zahid Arah PDRM Tangguh Operasi Jejak Pesalah Trafik

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta polis untuk menangguhkan sebarang operasi menjejaki pesalah trafik bagi menuntut bayaran saman tertunggak buat sementara waktu sehingga dimaklumkan.

Ahmad Zahid berkata sebanyak 1.4 juta daripada keseluruhan 5.3 juta saman berjumlah RM600 juta yang dikeluarkan kepada pesalah trafik tahun lalu masih belum dijelaskan.

Walaupun begitu, menurutnya lagi kerajaan memahami bebanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi dan meminta polis untuk menjejaki pesalah ini.

“Ketua polis negara serta pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik meminta saya membenarkan polis mengutip denda daripada pesalah trafik.

“Saya kata jangan dulu, kerajaan tahu rakyat ketika ini tertekan dengan pelbagai keperluan lain,” katanya pada Majlis Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan di Pusat Latihan Polis petang tadi.movie Despicable Me 3 2017 trailer

Menteri Dalam Negeri itu juga turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya, jika tidak mahu disaman.

Pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sebelum ini pernah mengadakan Operasi Waran Tangkap Trafik (Op Warta) dengan melakukan sekatan jalan raya dan menjejaki pesalah trafik hingga ke kediaman dan pejabat untuk menahan mereka yang gagal melunaskan saman tertunggak atau mempunyai waran tangkap.