Seleweng Dana RM1.5 Bilion, Dua Bekas Setiausaha Shafie Apdal Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas setiausaha kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Mereka ditahan di Putrajaya semalam (kelmarin) dan kini direman selama lima hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Dana awam berjumlah RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015. – BERNAMA