Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Anak Timbalan Menteri Umno Serang MP Diminta Serah Diri

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh meminta 10 individu, termasuk anak Timbalan Menteri Umno, Firdaus Tajuddin, 34, menyerah diri bagi membantu siasatan berkaitan rusuhan di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Selain Firdaus, sembilan lagi individu turut dikenal pasti dan diminta menyerah diri termasuk Mohd Rizal Shafie; Ariffin Mohamed Ali; Hasnah Md Razali; Erwan Halmi; Sapiah Aini Sulaiman; Norfirdaus Ahmad Zanian; Azmir Ahmad; Mohd Saffek Mohd Saleh; dan Mohd Faizal Saidina Omar.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan anaknya antara individu yang terlibat dalam insiden itu.

Namun beliau menafikan menaja kumpulan terbabit untuk memasuki Bangunan Parlimen dan melakukan tindakan tersebut.

Sebaliknya Tajuddin mendakwa tindakan anaknya itu dan kumpulan terbabit merupakan cara mereka melindungi rakyat Pasir Salak.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.