Baju Merah Lancar Kempen BERSIH 7

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengumumkan akan melancarkan kempen baru dinamakan ‘BERSIH 7’ setelah dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, hari ini.

Jamal berkata bahawa BERSIH 7 bakal dilancarkan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dan akan menjelajah ke 700 lokasi seluruh Selangor.

Kata Jamal  lagi, tindakannya melancarkan BERSIH 7 bertujuan “menyelamatkan Selangor” dan mendesak kerajaan negeri menunaikan segala manifesto dibentangkan Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, tempoh tahanan reman selama empat hari memberikannya ilham untuk melancarkan kempen baru tersebut.