Ratusan Penyokong PH Hadir Semakan Kes Anwar Ibrahim

Lebih 300 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya sejak 8.00 pagi tadi bagi menunggu keputusan mengenepikan hukuman kes liwat dihadapi pemimpin de facto PKR itu.

Selain penyokong, turut hadir ialah pimpinan Pakatan Harapan termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Kawasan Istana Kehakiman turut dikawal rapi termasuk dengan pemasangan besi penghadang dalam jarak 100 meter dari bangunan mahkamah.

Anwar memohon semakan untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu.

Bekas ketua pembangkang itu kini telah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama dua tahun.