Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Tidak Wujud Kerjasama Pas-Umno, Kata Tuan Ibrahim

Beberapa jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang dilihat berpegangan tangan dalam Himpunan Solidariti Untuk Rohingya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa parti itu tetap akan bersaing dengan Umno.

Menurut beliau, sejarah telah membuktikan bahawa Pas adalah saingan utama kepada Umno terutama melibatkan isu berkaitan Islam, Melayu dan kebajikan rakyat.

Malah dakwaan beberapa pihak bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak benar dan sengaja diada-adakan demi kepentingan politik.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, kepimpinan Pas telah menghadiri tiga perhimpunan memprotes penindasan masyarakat Rohingya di Myanmmar, sebelum pemimpin Umno turut mengikut pendekatan parti Islam itu.

Tambahnya lagi, isu berkenaan penindasan umat Islam Rohingya telah lama diperjuangkan partinya dan keputusan Abdul Hadi untuk turut serta dalam himpunan Ahad lalu tidak perlu dianggap sebagai tanda kerjasama antara kedua parti Melayu terbesar di Malaysia.