Kerajaan Jual Proton Kerana ‘Dendam Kesumat’, Kata Tun M

Bekas Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa bahawa penjualan saham Proton kepada syarikat otomotif China, Geely adalah didorong oleh ‘dendam kesumat’ sehingga kerajaan sanggup mengabaikan soal maruah negara.

Mahathir berkata kerajaan sebenarnya mampu untuk menanggung kerugian dialami syarikat otomotif tempatan itu dan tidak perlu menjual kepentingan Proton kepada Geely jika tidak menggunakan cukai yang dikutip untuk membeli sokongan rakyat.

“Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting,” tulis Mahathir dalam entri terbaru di blognya.

Menurut Mahathir lagi, peruntukan sebanyak RM1.7 bilion yang didakwa akan disalurkan kepada Proton sehingga kini masih belum diterima syarikat itu.

“Ya, maruah mempunyai kos. Duit sebanyak RM1.7 billion yang kononnya diberi kepada Proton sebenarnya tidak sampai setakat yang diketahui,” tulisnya lagi.

Mei lalu, DRB-Hicom, syarikat milik taikun perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengumumkan penjualan 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Geely, gergasi otomotif China.The Circle 2017 movie

Proton, syarikat otomotif yang diasaskan Mahathri pada tahun 1983, bergelut dengan masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.