Dr Mahathir Selar Najib Sebagai Diktator Kleptokrasi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata tindakan meletakkan jawatan secara sukarela sebagai perdana menteri pada tahun 2003 membuktikan dirinya bukan diktator seperti didakwa beberapa pihak.

Kata Dr Mahathir, seorang diktator akan terus kekal berkuasa sehingga mereka mati dan tidak akan memberi laluan kepada orang lain untuk mendapatkan sesuatu jawatan, manakala kuasa itu akan diserahkan kepada anak-anak mereka.

“Saya letak jawatan secara sukarela, saya tidak digantikan oleh anak saya tetapi pemimpin parti dengan segera cuba mengunakan parti dan kerajaan untuk menentang saya.

“Tidak ada seorang diktator yang pernah meletak jawatan secara sukarela.” tulisnya dalam catatan terbaru di blog.

Mengulas lebih lanjut, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lagi berkata seorang diktator kebiasaannya akan berhadapan dengan kebangkitan rakyat apabila mereka kehilangan kuasa, sebaliknya perkara itu tidak berlaku sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

“(Diktator) tahu apabila mereka kehilangan kuasa, rakyat akan menghukum mereka.

“Selepas saya letak jawatan, di sebalik usaha oleh pengganti saya untuk memburuk-burukkan saya, rakyat terus menerima dan menyokong saya.

“Malah parti-parti pembangkang yang pernah kutuk saya sanggup terima saya dan parti yang saya tubuhkan, mereka turut memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka. Diktator mana yang dilayan sedemikian?” soalnya.

Malah menurutnya lagi, beliau telah berjaya mengharungi lima pilihanraya umum dengan peratusan undi yang berbeza-beza membuktikan bahawa rakyat tidak menerima tekanan untuk menyokong mana-mana parti politik semasa zamannya.

“Saya mengetuai lima pilihan raya umum. Diktator kebiasaannya tidak mengadakan pilihan raya, dan seandainya mereka mengadakan pilihan raya, mereka akan menang dengan 99 peratus sokongan rakyat,” tulismua/

Sebaliknya Dr Mahathir berpendapatan bahawa cara pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuktikan bahawa beliau merupakan seorang diktator apabila menghalang mana-mana pihak mempersolakn keputusannya.

“Sekarang Najib mengelarkan saya seorang diktator. Kenyataan itu sebenarnya tidak layak diucapkan olehnya. Dia (Najib) sendiri tidak pernah membenarkan mana-mana pihak mencabar dirinya dalam parti (Umno). Timbalannya dipecat dan beliau bertindak sebagai perancang untuk menggantikan jawatan anak saya sebagai Menteri Besar Kedah dengan dengan salah seorang pengampunya.

“Dalam Umno, tiada sesiapa dibenarkan bertanding melawan dia (Najib). Malah kes 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perubadinya tidak dibenarkan untuk dibincangkan perwakilan Umno semasa perhimpunan agung atau masa-masa lain.

“Rekod ini cukup membuktikan Najib seorang diktator, diktator yang kleptokrasi,” tulisnya lagi.