Mahfuz Percaya Dr Mahathir Boleh Bantu PH Tawan Putrajaya

Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan dan memperlihatkan seolah gabungan pembangkang itu berpecah-belah terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) semakin hampir.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Hj Omar berkata keputusan meletakkan Presiden PH, Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai calon perdana menteri seandainya pembangkang berjaya menawan Putrajaya seharusnya dihormati semua pihak.

Katanya, pemilih Dr Mahathir adalah tepat memandangkan bekas pemimpin nombor satu negara itu mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kerajaan disamping diterima majoriti rakyat di negara ini.

“Bagi saya ini keputusan yang sangat hebat (memilih Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH) dan saya tak fikir majoriti rakyat menolak keputusan ini walaupun memang ada sesetengah pihak tidak senang,” katanya.

Menurut Mahfuz, Dr Mahathir mempunyai daya tarikan tersendiri dan mempunyai kelompok penyokong tegar setelah berjaya memimpin Malaysia selama 22 tahun.

“Tidak boleh dinafikan oleh siapa bahawa Dr Mahathir mempunyai daya tarikan untuk Pakatan Harapan mendapat kuasa.

“Beliau mempunyai daya tarikan untuk memastikan Umno dan BN hilang sokongan pengundi.”

Mahfuz turut melahirkan kepercayaan bahawa kehadiran Dr Mahathir dalam PH membawakan gabungan pembangkang itu lebih stabil dan kukuh menentang Umno-Barisan Nasional.

Beliau meminta semua kepimpinan PH agar akur dan berhenti berbalah kerana akan menyebabkan pengundi keliru, selain menghantar isyarat yang salah kepada kelompok tersebut.

Katanya, keputusan yang dicapai dalam PH terutama dalam memilih calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri perlu dihormati agar orang ramai percaya bahawa gabungan pembangkang tersebut mempunyai kesepaduan dalam menyelesaikan pelbagai perbezaan yang timbul.

Menurutnya lagi, kerjasama yang ditunjukkan Dr Mahathir dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menumbangkan BN seharusnya dijadikan contoh oleh semua kepemimpinan PH.

Tambahnya, Dr Mahathir dan Kit Siang boleh mengetepikan permusuhan politik mereka sebelum ini untuk bekerjasama sebagai sebuah gabungan pembangkang dan memberi keyakinan baru kepada pengundi tentang masa depan negara lebih baik seandainya PH memerintah.

“Berakhirnya permusuhan yang wujud sekian lama ini boleh memberikan keyakinan baru kepada masyarakat sama ada dalam atau luar negara bahawa negara kita akan berada dalam keadaan stabil. Keyakinan para pelabur juga akan meningkat,