Menarik
Tarikh Hari Ini
17 August 2017

Bekalan Air Lembah Klang Dijangka Pulih Awal

Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) mengumumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dijangka akan beroperasi semula sepenuhnya bermula hari setelah kerja penyelenggaraan Pencawang TNB Bukit Badong telah siap dilaksanakan mengikut jadual.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, pembukaan semula operasi LRA Sungai Selangor itu mempercepatkan proses pemulihan bekalan air secara berjadual akan dilaksanakan 4.00 petang ini bermula di Zon 1.

Namun Amin menasihati agar pengguna kekal menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan ini dapat berjalan sevara lancar, selain mengelak sebarang kemungkinan terputus bekalan terutama di kawasan penghuung sistem agihan dan di kawasan tanah tinggi.

Walau bagaimanapun, Air Selangor akan meneruskan penghantaran lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air sehingga benar-benar pulih.

Pengguna boleh merujuk ke laman sesawang, www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar mySyabas, Facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.