Raja Muda Selangor Sertai Selangor Industri Ride 1.0

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyertai program berbasikal Selangor Industrial Ride 1.0 anjuran Invest Selangor Berhad di Shah Alam.

Program kayuhan sejauh 25 kilometer yang bermula pada pukul 7.30 pagi tadi itu bertujuan membawa para peserta untuk mengenali kawasan perindustrian yang strategik di sekitar Shah Alam.

Antara kawasan yang dilalui para peserta ialah kawasan perindustrian Hicom Shah Alam, kawasan perindustrian Seksyen 21 dan kawasan perindustrian di Seksyen 26.

Terdapat kira-kira 120 syarikat tempatan dan antarabangsa beroperasi di sepanjang laluan program kayuhan berkenaan.

Sempena program itu, Tengku Amir Shah turut berkenaan bersama-sama peserta menanam kira-kira 700 batang pokok di perkarangan tempat letak kereta syarikat Asian NDK Crystal Sdn Bhd di Seksyen 26.

Program menanam pokok diilhamkan sendiri oleh Tengku Amir Shah bagi membina nilai warga korporat komuniti perindustrian yang lebih baik di samping untuk pemuliharaan alam sekitar. – BERNAMA