Dollah Salleh Puas Hati Dengan Persembahan Pemain Pahang

Dollah Salleh mengakui berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun kecewa gagal membawa pulang piala kejuaraan FA dari Stadium Shah Alam ke Pahang, malam ini.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan anak buah yang terpaksa beraksi lebih 60 minit dengan 10 pemain.

“Tahniah kepada Kedah kerana muncul juara Piala FA. Bagi saya nasib tidak begitu menyebelahi kami. Apapun pujian tetap perlu diberikan kepada pemain,” katanya dalam ditemui pemberita sejurus berakhirnya perlawanan akhir Piala FA.

Pahang yang dilihat hilang rentak di separuh masa pertama, berjaya mempamerkan aksi bertenaga di separuh masa kedua sehingga menyaksikan pasukan itu berjaya meledakkan dua gol ke dalam gawang pasukan Kedah.