Nicol David Kandas Di Suku Akhir Kejohanan Skuasy Dunia Tahun Ini

Juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Dunia 2017 selepas tunduk kepada pemain Mesir Raneem El Welily di peringkat suku akhir dalam pertandingan yang berlangsung di Manchester, England.

Menurut laman web kejohanan https://psaworldtour.com, dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia, ratu skuasy negara itu tewas 1-3 dengan catatan 8-11, 11-8, 11-6, 11-6 dalam masa 41 minit.

Nicol menjuarai kejohanan dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014. – BERNAMA