Mahathir Membantu Barisan Nasional (Bahagian 2)

BANYAK media dalam talian yang menggambarkan Tun Dr Mahathir (TDM) sebagai terdesak (desperate) mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak (DSN) dengan menggunakan pelbagai cara. Namun yang paling jelas dalam modus operandi utamanya ialah ‘hatred campaign’ atau kempen kebencian, sehinggakan khalayak sendiri sedar bahawa elemen ucapan TDM tiada lain selain daripada mengutuk, menghina, mencaci, menuduh DSN dengan pelbagai cara.

TDM Mahu Menggulingkan Najib

Khalayak sememangnya tertanya-tanya mengapakah begitu terdesak sangat TDM mahu menjatuhkan DSN sehingga ke peringkat merancang untuk menggulingkan beliau.

Mungkin dia mahu menggunakan gerakan demonstrasi besar-besaran sebagaimana gerakan Arab Spring yang telah diketahui sebagai agenda ‘Tangan Asing’.

Atau adakah TDM mahu sekali lagi rakyat bangun memberontak sebagaimana Tragedi 13 Mei yang meragut banyak nyawa rakyat yang tidak berdosa? Namun kali ini bukan lagi tragedi berdarah antara Melayu-Cina yang biadap semasa beberapa hari sebelum 13 Mei, sebaliknya adalah antara Melayu-Melayu.


Sumber

Baiknya, tindakan TDM itu dapat dihidu oleh Pemuda UMNO yang telah membuat laporan polis. Rakyat tidak tahu apakah agenda yang telah disusun oleh TDM untuk menggulingkan DSN, tetapi pasti ada bukti-bukti kukuh sehingga mendesak mereka membuat laporan polis.

Daripada BHOnline, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun, berkata Dr Mahathir membuat banyak kenyataan kebelakangan ini yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi proses tidak demokratik. Beberapa bukti turut diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Tambah YB Khairul, “Tindakan ini berbahaya dan boleh mengganggu-gugat keamanan serta kestabilan politik negara, maka itu sebabnya kami tampil membuat laporan polis.”

Timbul persoalan pada fikiran rakyat, mengapakah perlu menggulingkan DSN dengan cara sedemikian rupa, seakan-akan DSN adalah diktator yang tidak berperikemanusiaan, sebagaimana tuduhan pembangkang terhadap TDM semasa dia menduduki kerusi Perdana Menteri.

Tidaklah wujud istilah Mahazalim dan Mahafiraun daripada golongan Reformasi sekiranya dia tidak zalim, angkuh dan tidak berperikemanusiaan? Kita tidak tahu, tetapi pastinya golongan Reformasi Anwar Ibrahim tahu.

Mengapakah TDM tidak mahu menggunakan pendekatan yang lebih demokratik iaitu Pilihan Raya jika sekiranya benar-benar mahu menggantikan DSN? Perlukah rakyat diheret memberontak sehingga boleh mengakibatkan pertumpahan darah?

Apakah TDM mahu rakyat bertindak seperti penduduk kampung Memali untuk mempertahankan Najib lalu dengan senang boleh dibunuh dan yang hidup ditahan dalam penjara Kemunting?

Sesungguhnya rakyat tidak nampak langsung sifat diktator DSN sebagaimana zaman TDM dahulu. Sememangnya ramai penulis dan penganalisis politik melihat TDM sebagai diktator.

Malahan TDM sendiri mengaku bahawa dahulunya dia adalah diktator. Namun apakah rakyat pada hari ini tidak nampak TDM masih dengan karektor diktatornya?

TDM Mempunyai Ramai Musuh dalam PH

 Sebagaimana didedahkan oleh Dr Chandra Muzaffar melalui Operasi Lalang 1987, ketika TDM menjadi Perdana Menteri, sejumlah 106 pemimpin politik pembangkang telah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka yang terlibat ditahan di bawah ISA pada zaman TDM, termasuklah pemimpin tertinggi PAN, PKR, dan DAP iaitu Lim Kit Siang (DAP), Lim Guan Eng (DAP), Teresa Kok (DAP), M.Manoharan (DAP), Shaari Sungip (PAS), Mat Sabu (PAN), Khalid Samad (PAN), Dr Muhamad Nasir Hashim (PSM) dan DS Anwar Ibrahim (PKR).

Bekas Adun Kota Damansara, yang juga merupakan Pengerusi PSM, DR Nasir Hashim berkata, “Bagi saya, sebagai manusia biasa, walaupun beliau (TDM) memohon maaf , dalam hati saya, saya tidak dapat menerimanya, tetapi mungkin Tuhan boleh menerimanya. Sekalipun jika beliau memohon maaf, itu adalah satu keputusan politik. Ia bukan datang dari hatinya.”

Dr Mohd Nasir Hashim, telah pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 15 bulan semasa Operasi Lalang.

Menurut Dr Chandra Muzaffar:

“Dia (TDM) telah mengubah prinsipnya terhadap DAP, Anwar Ibrahim dan perubahan itu berlaku adalah disebabkan oleh keserakahan nafsunya terhadap kuasa dan politik.” (He (TDM) has changed his principle about DAP, Anwar Ibrahim and the change happened due to his lust for power and politics).

Menurut Dr Kua Kia Soong, TDM tidak mengendahkan perkara paling utama dalam ISA ketika dia berkuasa sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggung jawab menandatangani perintah tambahan tahanan selama dua tahun setelah dikenakan tahanan 60 hari.

TDM juga telah dilihat mempergunakan kuasanya untuk mengelabui mata rakyat dengan mengawal media bagi menutup salah guna kuasa yang diberikan kepadanya. Dakwaan ini diperkukuhkan apabila Jawatankuasa Antarabangsa Untuk Mempertahankan Wartawan (CPJ) telah menamakan TDM sebagai salah seorang daripada ‘Sepuluh Teratas Musuh Akhbar’ pada tahun 2000 selama dua tahun berturut-turut.

TDM lupa bahawa sekiranya pembangkang yang memenangi PRU Ke-14 ini, mereka tidak akan berdiam diri untuk mengheret dia ke mahkamah atas salah laku politiknya semasa menduduki kerusi PM. Malah YB Dr Wan Azizah sudah memberi jaminan kepada penyokong PKR dan PH bahawa TDM akan disiasat atas segala tuduhan terhadapnya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Persoalannya ialah adakah bekas tahanan ISA yang kini merupakan pemimpin komponen PH ikhlas sejujurnya, untuk bersama TDM dalam PRU14.

TDM hanya dilihat sebagai elemen populis, tetapi bukan pemimpin yang benar-benar berada dalam hati konco-konconya apatah lagi rakyat jelata, para wartawan, pemimpin NGO dan ahli akademik yang pernah menjadi mangsa ISA.

Najib Berketurunan Bugis Lanun

Kerana gagal memaksa dan menekan DSN melepaskan jawatannya sebagai PM, TDM menggunakan pula pendekatan perang saraf dengan melabelkan DSN sebagai berketurunan lanun daripada kaum Bugis.

Silapnya, TDM lupa bahawa ada dalam kalangan Sultan Melayu yang juga yang berketurunan Bugis.

TDM juga tidak membuat kajian empirikal terhadap sejarah, bahawasanya pihak penjajah mahu menghalalkan tindakan penjajahan mereka dan menentang perjuangan pahlawan Bugis lalu melabelkan Bugis sebagai lanun.

Pendekatan pelabelan yang dilihat sebagai dangkal dan gelojoh itu telah membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor dan Sultan Johor. Di manakah moral TDM yang sanggup menghina keturunan sesuatu kaum hanya kerana matlamat peribadinya yang dangkal.

 

Sebagaimana yang dilaporkan BeritaHarianOnline:

“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis. Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Isu tersebut telah melarat sehingga merentasi selat Melaka, apabila  kaum Bugis di Indonesia telah meluahkan kemarahan mereka terhadap TDM, yang masih kaya dengan sifat sombong dan kediktatorannya.

Malahan ia meleret sehingga ke Istana Presiden, apabila Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, turut tersinggung dengan kenyataan TDM. Pastinya ia mengganggu hubungan diplomatik dua negara yang berjiran.

Ironinya apabila TDM didakwa oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berketurunan India, penyokong TDM terus melenting dan marah. Kenapa harus marah, adakah keturunan India itu sebagai satu penghinaan?

Tidakkah semasa menuntut di kolej perubatan di King Edward College of Medicine Singapura suatu ketika dahulu, TDM telah mendaftarkan keturunannya sebagai India?

Malahan sebagaimana didakwa oleh Blogger Harapan Esok, ramai pemimpin pembangkang mengelar Mahathir Pandy Kuti ketika dia berada dalam UMNO.

YB DS Dr Ahmad Zahid tidak menghina, tetapi menyatakan sesuatu yang benar. Sebaliknya TDM menghina dengan melabelkan DSN sebagai ‘Lanun’ Bugis.

Natijah daripada kebiadapan bahasa TDM yang menuduh DSN berketurunan lanun Bugis, pastinya mengheret rakyat Selangor dan Johor untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap TDM.

Lalu, kita pasti bahawa kemarahan itu akan dizahirkan melalui PRU 14 nanti. Kenyataan TDM itu juga menjadi liabiliti kepada PH tetapi sebaliknya menjadi satu merit kepada BN, jika tidak PAS, kerana kuatnya pengaruh Sultan Selangor dan Sultan Johor dalam jiwa rakyat.

Kita lihatlah nanti dampaknya.